Thursday, October 13, 2011

SEDEKAH LA KALAU TENGAH TAKDE DUIT

Salam semua...

Hari ni hari jumaat. Aku bangun awal. Nak buat apa yer. Nak g sarapan ngan hubby. Hari ni hari Jumaat so nak share sikit tentang rezeki. Korang nak tahu aku selalu pegang konsep tangan kita ni biarla banyak memberi dari banyak menerima. Kalau kita ni banyak memberi banyakla rezeki akan kita perolehi. Kenapa aku cakap macam tu, korang taukan aku ni baru menjinakkan diri dalam bisnes ni, apa yang aku sering amalkan adalah aku suka belanja orang makan, terutama semua yang terlibat secara lansungla ngan aku, setiap kali aku sedekah, setiap kali tula job akan masuk untuk bisness aku, mungkin kekadang aku tak sedar tapi itulah berlaku.. Hubby aku selalu cakap lagi kita susah lagi banyakla kita memberi confirm rezeki ada buat kita so itulah aku selalu amalkan. Alhamdullillah poket aku tak pernah kosong. ALLAH SWT selalu tolong aku dalam apa jua keadaannya.   Jadi kesimpulannya banyakla memberi jangan nak minta jer...

SEDEKAH LA KITA PADA HARI JUMAAT NI..


Monday, September 26, 2011

HIDUP MANUSIA TAK PERNAH PUAS

Salam semua.

Alhamdullillah semalam lepas jugak hajat aku nak buat rumah terbuka ISDA. Bukan apa memang suka la bagi orang makan nie...Rezeki ada lebih sket kan so bek kita kongsi ngan yang lain tu.

Adventure betul aku rasa weekend lepas..Korang bayangkan time function aku ada dua tempat lak kereta aku nak rosak..Aku dah pening..Modal lak tight. Hmm macam mana..tp nasib la aku n husband selalu fkr positif...ktorg anggap ini la dugaan nak bagi sebelum aku nak jadi senang..bukan besar mana pun dugaan ini..Sambung balik..Keduanya lak aku diuji ngan sikap segelintir orang yang suka pentingkan diri mereka sendiri..Betul la apa org cakap bukan senang nak cari orang yang boleh susah n senang ngan kita..nak cari time senang mmg ramai tp susah...hampehhh..tetiba lak staff aku yg slu ikut aku g function xnak g...alasannya penat sbb function sblm tu  memenatkan dan tempat tak selesa..Aduhh apa aku nak buat nak marah pun malas sbb sayang nya pasal..dalam hati merajuk gak la tp diamkan jer la..nasib baik la aku dapat sorang staff baru yang bertanggungjawab...mmg bertuah la aku minggu ni..baru kenal sebulan tp dia sanggup tolong aku..pandai pun pandai.. Korang bayangkan time akunya kete rosak aku terpaksa berlari dari kl ke Putarajaya dengan susahnya..Kalaula staff aku yg sorg tu nak g takdela aku kene rush macam tu skali..

Pas habis kat Putrajaya aku kene lak g Ampang Point..Nak balik dari function tu , dugaan kedua lak aku kene hadapi..Balik aku kene naik teksi..mmg la nampak senang tp korg bayangla dengan bawa baby 4 bulan, barang yg banyak n budak2 kecik 5 orang..waaaa dugaan..nak naik teksi lak..mahal dia nak charge time duit aku bebetul cukup jer...Hmm kalaula ada yg nak bawa baby 4 bulan naik kete lg satu kan senang..tp relaxla ni ASHIDAH...apa pun boleh hadapi...

Last sekali aku nak buat open house tp takde org nak masak..huhuhu..sedih..nasib baikla aku ni gamble..aku tawakal masak sendiri..Hubby aku tolong n bg semangat kat aku nasib baik la dia pernak masuk line tentera so semua boleh hadapi...Akhirnya aku dapat hadapi dengan dibantu oleh org disekeliling...Thanks semua.

Apa2 pun sekarang aku dah dapat pengajaran jgn terlalu berharap ngan org yg tak faham kita..huhuhu.

Thursday, July 28, 2011

CUKUR JAMBUL ANAK

Sabtu ni 30/07/11 anak kesayangan aku nak cukur jambul. Dah nak masuk tiga bulan dah usia dia. Besar dah kan...sejak bergelar usahawan nie...aku mampu membuat kenduri walaupun semua benda mahal.. Husband aku nak buat nasi Ambeng time kenduri nanti..Family aku dari KL sume nak turun g Sabak Bernam..Aku dan suami dah sediakan penginapan sehari tuk family aku nanti, harap diorang selesa la nanti..



Sebenarnya aku masih tak tahu function buat cukur jambul ni..Cuma apa yang aku tahu aku nak buat kenduri tuk keselamatan. Macam kenduri doa selamatla lebih kurang...Lepas kenduri nanti botakla Muhammad Haziq Iman nanti..Waaaaa botak anak comei lagi tak agaknya..hehehe...Apa pun pas kenduri anak aku nak hantar saloon tuk dicukur kesemua rambut sebab orang tua kata tak baik simpan rambut asal anak..Aku ikut jer pada yang berpengalaman. Kekadang petua orang tua nie kita kene ikut gak kannn.

Monday, June 27, 2011

Memang Aku Ditakdirkan Menjadi Usahawan

Hari nie keputusan tuk masuk DPLI dah kuar..Aku GAGAL Lg so mmg aku bukan ditakdirkan menjadi guru. Aku mmg dah ditakdirkan menjadi usahawan. Tak dapt tu tapi biznes aku yg masuk sampai kan tak menang tangan nak layan customer tuk dapatkan servis PA System, Tarian, Kompang Silat dan yang terbaru Katering yang aku tubuhkan mendapat sambutan hangat...

Seronok lak..bila kerja sendiri, kepuasan aku terima, sambil meniaga aku dapat luangkan masa ngan baby aku yg baru lahir nie...Ni baru ada klien col nak tarian arab la...aku ngah nak survey tempatnyer tuk buat buat step penari aku.

Cerita pasal penari, ni nak kongsi sketla..Aku seronok betul tengok penari-penari kecil aku nie mula diminati oleh orang-orang diluar sana. Diorang membanggakan aku serba sedikitla...Minggu lepas aku dpt job ngan ATRYZ (MALAYSIA) SDN BHD, lepas jer buat persembahan bos diorang bagi xtra tuk kitaorang sebab dah buat the best tuk majlis diorang..Best sgt bila sesuatu usaha tu dapat sambutan..


Ni la org yang paling penting dalam biz tarian aku nie

Tuesday, May 24, 2011

Setelah Lama Menyepi...

Puas...Seronok...Gembira...Anak anugerah ilahi yang tak dapat aku gambarkan...Aku baru melahirkan seorang anak lelaki yang aku ber nama Muhammad Haziq Iman Bin Razis. Pengalaman melahirkan merupakan satu pengalaman yang baru untuk aku. Anakku dilahirkan sihat tp disebabkan aku  berdarah O anakku mendapat sakit kuning. 11 hari aku duk hospital. Tau jer la. bila duk hospital anak dicucuk2 doktor, hati aku jadi sedih tp xpe...anak aku kuat, sekuat aku dan papanya. 

Hari nie anak aku dah berumur 16 hari. Aku masih lagi berpantang. Berckap soal pantang ni..Aku tak faham la. Macam2 pantang mak aku kenakan. Bila kat hospital lak...Doktor kata jgn berpantang dulu sbb anak aku sakit..so manala aku nak dengar...Apa pun aku ikut mana yang betul la...



aku & anakku..comeikan...

Tuesday, May 3, 2011

KOMISYEN...KERJA PART TIME JER

Bulan ni amat bermakna dalam hidup aku..

Pertama..bulan ni merupakan bulan ulangtahun perkahwinan aku yg pertma...1 May 2011..Dah setahun aku jadi isteri orang...comei jer perjalanan hidup aku..dapat suami pun sempoi jer...senang...

Kedua...aku bakal menjadi seorang ibu...ni tunggu due jer nie...bila la anak aku dalam perut ni nak kuar...tak sabar nak tgk rupa dia..hehe...macam aku ke..macam daddy dia...dari sehari kesehari aku menunggu....hope korang doakan aku selamat yer...



Cerita pasal kerjaya aku lak..Sebagai seorang biz women aku bangga sekarang aku dah mula buka biz katering lak..korang try ar masuk ...www.isdacreative.com...aku nak wat food testing ni...ngah cari guest..mana tau korang ada kekawan nak kawen...leh aku bagi komisyen kat korang....

Yg lagi satu lak...kan aku pernah cakap aku ada cita-cita nak jadi cikgu so nie ngah tunggu keputusan samaada aku lepas tak nak g temuduga..Ujian Medsi aku dah g 30 April hari tu...Hope okla....

Apa-apapun...korang kalau nak keje part time...jadila agen bagi katering aku tu...kalau ada orang amek...gerenti ada habuan tuk korang nyer....

Success Lady Chow dulu...Jumpa di Entry terbaru... Bye

Friday, April 29, 2011

Makan SATAY SEDAP di Kg PANDAN

Baby dalam perut aku nie asyik menendang-nendang jer...Mungkin dia tahu daddy dia nak bawa g jejalan malam ni. Aku terasa nak makan satay la. Ada 1 place aku g makan hari tu sedap sangat. Hari nie teringat so ajak hubby dia kata ok jer. Best kan bila pregnant nie..nak makan aper pun dapat..hehehe

Best Arrr. Ni aku nak siap2 kan diri nak g sana malam ni. Tempat dia kat Kg Pandan. Aku pun tak ingat nama tempatnya. Nanti aku update balik...


Sedapnyer...nak makan jap g nie


Tempatnyer pun cantik...xclusive

gambar diambil dari sini http://cencorot213.blogspot.com/2010/02/sate-kg-pandan.html..

Thursday, April 28, 2011

UJIAN MEDSI ESOK...30 APRIL 2011



Sesiapa yang apply DPLI esok reramaila kita g amek ujian MEDSI. Ujian nie senang je. Ujian mengenai personaliti diri. Apa yang penting bila korang jawab soalan tu korang kene jujur-sejujurnya. Maksud kat sini, korang jgn menipula. Contohnya, kalau soalan tu kata ko pernah menipu tak sepanjang hidup ko, takkan la ko jawab tidak..Bohongla...Korang mesti pernahnyer...

Kalau korang jawab ngan jujur pastu nanti nama korang mesti kuar tuk ditemuduga. Kalau g temuduga lak, jangan risau sangat sebab soalan nyer senang and relax sangat. Apa yang korang kene ready ialah korang prepare apa yang korang nak aja depan diorang nanti. Contohnya, kalau korang apply nak aja subjek sejarah. Korang prepare la sedikit tentang sejarah. Maksud sejarah ker, Sejarah Malaysia ke. Jap je diorang suh korang bentang. Dia nak tengok korang nyer confident level jer. Especially suara. Mesti kuat k. Lagi satu diorang akan interview dwibahasa. Maksudnya kat sini, korang kene boleh bertutur bahasa melayu dan bahasa inggeris dengan baik. Korang semuakan lepasan ijazah. X susah kot...

Apa2 pun..Good Luck pada sesiapa yang akan g Ujian Medsi esok...Aku harap korang berjaya especially yang keje sebagai GSTT tu, sian korang keje kontrak je. Success Lady Out dulu....

HAPPY MOTHERS DAY - Thanks MAMA, IBU, MAK...

Bulan Mei ni adalah bulan yang istimewa especially pada insan yang bergelar IBU..Aku pun sronok gak walaupun belum jadi Ibu tp dah aku dah dapat rasa macam mana susahnya menjadi Ibu..

Bila bercakap pasal Ibu..Aku teringat ibu-ibu yang dah melahirkan dan menjaga aku sampai aku jadi insan yang berjaya sekarang.

Pertama Noriza Binta Haron, orang yang sudah melahirkan aku ke dunia ini. Dia telah membela aku dari aku mula di dalam perut sehingga umur aku 4 tahun. Selama 4 tahun inila aku mendapat kasih sayang darinya. Mama Along sayang sangat kat mama cuma Along kesal kenapa kita tak ditakdirkan bersama.

Selepas umur aku 4 tahun, ayah kahwin lain, aku dijaga pula oleh insan yang amat bererti buat hidup aku iaitu Rohaya bt Atan. Aku panggilnya mak, mak aku ni telah jaga aku dengan baik. GARANG masa aku kecik selalu aku kena rotan ngan dia tapi hasilnya sekarang aku dah jadi orang yang berguna. Aku boleh hidup berdikari sendiri sampai menjadi seorang yang berjaya macam sekarang nie.

Dua-dua masih berada disisi aku. Aku masih ada lagi seorang ibu yang aku sayangi iaitu Rosnah bt Yusof. Dia telah menjaga aku selama setahun. Waktu tu aku form 5, aku ada masalah sikit jadi aku tinggal dengan makteh aku. Dia menjaga aku bagai anak dia sendiri. Waktu tu tiada sesapa yang memberi aku semangat mahupun dorongan tuk aku terus berjaya tetapi makteh telah jadi tulang belakang kejayaan aku waktu itu.

Ni la MAMA,IBU,MAK yang telah menjadikan aku success lady seperti sekarang nie. Aku selalu doakan diorang bahagia dunia dan akhirat.

Kalau baca entri nie jangan lupa korang sambut hari ibu yang tinggal 2 minggu dari sekarang...

SELAMAT HARI IBU BUAT SEMUA IBU...


PELUANG...




Peluang...Macam aku cakap kat post sblm ni..Aku org baru dalam berblog ni..Td aku jejalan la jap ke blog kekawan tuk cari idea apa yg blogger selalu ceritakan.

Waa peluang banyak rupanya yer..Napa aku baru sedar...tp aku still tak faham..macam mana mereka-mereka ini buatduit dengan berblog ni...takpe pasni aku cari peluang tu...sekarang aku masih belajar n harap ramai org disekeliling yang akan mengajar aku...

Thanks pada sapa yang baca entri aku nie...Aku masih belajar sesuatu...

Wednesday, April 27, 2011

Mulanya Di Sini - aKu nak jadi usahawan berjaya

Salam Ukhwah..

Success Lady...Kenapa Aku Pilih Tajuk Tu Tuk Blog ni sbb aku nak jadi salah seorang yang berjaya. Berblogging..Ini hari pertama aku buat blog nie...Tu pun My hubby yang jadi Cikgu...Thanks Syg..

Sebenarnya bukan tu yang aku nak cerita kat sini...Aku nak ceritakan permulaan hidup aku jadi seorang yang berjaya.

 Aku bermula dengan bekerja dengan orang tapi setiap kali aku kerja je..aku akn cepat bosan..Paling lama aku akan bertahan hanya la 1 tahun..Pastu aku dah tak productive...

Akhir sekali aku bekerja sebagai GURU, seronok tapi tahu jerla bila GSTT ni takleh lak pregnant so aku pun stop kerja dengan orang..Mulalah aku bekerja sendiri sementara di tanggung oleh husband ku yang tak pernah berhenti memberi aku semangat.

Bila dah takde kerja, apa aku nak buat..Aku start meniaga..Apa aku buat yer...Aku masuk line servis kahwin. Bermula dengan TARIAN JER...modal aku pun kecik time tu...Pastu aku buat pinjaman and then terus ke PAKEJ PA SYSTEM..kebetulan adik aku ada team SILAT then aku masukkan SILAT dalam pakej aku....kepala memikirkan lagi apa lagi leh aku buat...Aku buat team KOMPANG so lengkapla servis yang aku rasa menarik tuk ditonjolkan

Semua ni atas sokongan keluarga aku yang tercinta.Pertama Suamiku yang tak pernah berhenti memberi sokongan dan dokongan. Kedua, AYAH aku yang selalu menasihati aku dikala aku perlukan bantuan. Ketiga IBUKU yang membantuku dan KEEMPAT ABG IPAR, ADIK-ADIKKU yang tak pernah berhenti memberi sokongan. Terima KASIH semuanya...

Seronok meniaga nie..Kepuasan tu korang akan rasa best sangat...Apa pun takleh tulis panjang2 nanti korang bosan...Aku sambung lagi nanti kkkkk.

Salam....