Thursday, April 28, 2011

HAPPY MOTHERS DAY - Thanks MAMA, IBU, MAK...

Bulan Mei ni adalah bulan yang istimewa especially pada insan yang bergelar IBU..Aku pun sronok gak walaupun belum jadi Ibu tp dah aku dah dapat rasa macam mana susahnya menjadi Ibu..

Bila bercakap pasal Ibu..Aku teringat ibu-ibu yang dah melahirkan dan menjaga aku sampai aku jadi insan yang berjaya sekarang.

Pertama Noriza Binta Haron, orang yang sudah melahirkan aku ke dunia ini. Dia telah membela aku dari aku mula di dalam perut sehingga umur aku 4 tahun. Selama 4 tahun inila aku mendapat kasih sayang darinya. Mama Along sayang sangat kat mama cuma Along kesal kenapa kita tak ditakdirkan bersama.

Selepas umur aku 4 tahun, ayah kahwin lain, aku dijaga pula oleh insan yang amat bererti buat hidup aku iaitu Rohaya bt Atan. Aku panggilnya mak, mak aku ni telah jaga aku dengan baik. GARANG masa aku kecik selalu aku kena rotan ngan dia tapi hasilnya sekarang aku dah jadi orang yang berguna. Aku boleh hidup berdikari sendiri sampai menjadi seorang yang berjaya macam sekarang nie.

Dua-dua masih berada disisi aku. Aku masih ada lagi seorang ibu yang aku sayangi iaitu Rosnah bt Yusof. Dia telah menjaga aku selama setahun. Waktu tu aku form 5, aku ada masalah sikit jadi aku tinggal dengan makteh aku. Dia menjaga aku bagai anak dia sendiri. Waktu tu tiada sesapa yang memberi aku semangat mahupun dorongan tuk aku terus berjaya tetapi makteh telah jadi tulang belakang kejayaan aku waktu itu.

Ni la MAMA,IBU,MAK yang telah menjadikan aku success lady seperti sekarang nie. Aku selalu doakan diorang bahagia dunia dan akhirat.

Kalau baca entri nie jangan lupa korang sambut hari ibu yang tinggal 2 minggu dari sekarang...

SELAMAT HARI IBU BUAT SEMUA IBU...


No comments:

Post a Comment