Friday, April 29, 2011

Makan SATAY SEDAP di Kg PANDAN

Baby dalam perut aku nie asyik menendang-nendang jer...Mungkin dia tahu daddy dia nak bawa g jejalan malam ni. Aku terasa nak makan satay la. Ada 1 place aku g makan hari tu sedap sangat. Hari nie teringat so ajak hubby dia kata ok jer. Best kan bila pregnant nie..nak makan aper pun dapat..hehehe

Best Arrr. Ni aku nak siap2 kan diri nak g sana malam ni. Tempat dia kat Kg Pandan. Aku pun tak ingat nama tempatnya. Nanti aku update balik...


Sedapnyer...nak makan jap g nie


Tempatnyer pun cantik...xclusive

gambar diambil dari sini http://cencorot213.blogspot.com/2010/02/sate-kg-pandan.html..

Thursday, April 28, 2011

UJIAN MEDSI ESOK...30 APRIL 2011



Sesiapa yang apply DPLI esok reramaila kita g amek ujian MEDSI. Ujian nie senang je. Ujian mengenai personaliti diri. Apa yang penting bila korang jawab soalan tu korang kene jujur-sejujurnya. Maksud kat sini, korang jgn menipula. Contohnya, kalau soalan tu kata ko pernah menipu tak sepanjang hidup ko, takkan la ko jawab tidak..Bohongla...Korang mesti pernahnyer...

Kalau korang jawab ngan jujur pastu nanti nama korang mesti kuar tuk ditemuduga. Kalau g temuduga lak, jangan risau sangat sebab soalan nyer senang and relax sangat. Apa yang korang kene ready ialah korang prepare apa yang korang nak aja depan diorang nanti. Contohnya, kalau korang apply nak aja subjek sejarah. Korang prepare la sedikit tentang sejarah. Maksud sejarah ker, Sejarah Malaysia ke. Jap je diorang suh korang bentang. Dia nak tengok korang nyer confident level jer. Especially suara. Mesti kuat k. Lagi satu diorang akan interview dwibahasa. Maksudnya kat sini, korang kene boleh bertutur bahasa melayu dan bahasa inggeris dengan baik. Korang semuakan lepasan ijazah. X susah kot...

Apa2 pun..Good Luck pada sesiapa yang akan g Ujian Medsi esok...Aku harap korang berjaya especially yang keje sebagai GSTT tu, sian korang keje kontrak je. Success Lady Out dulu....

HAPPY MOTHERS DAY - Thanks MAMA, IBU, MAK...

Bulan Mei ni adalah bulan yang istimewa especially pada insan yang bergelar IBU..Aku pun sronok gak walaupun belum jadi Ibu tp dah aku dah dapat rasa macam mana susahnya menjadi Ibu..

Bila bercakap pasal Ibu..Aku teringat ibu-ibu yang dah melahirkan dan menjaga aku sampai aku jadi insan yang berjaya sekarang.

Pertama Noriza Binta Haron, orang yang sudah melahirkan aku ke dunia ini. Dia telah membela aku dari aku mula di dalam perut sehingga umur aku 4 tahun. Selama 4 tahun inila aku mendapat kasih sayang darinya. Mama Along sayang sangat kat mama cuma Along kesal kenapa kita tak ditakdirkan bersama.

Selepas umur aku 4 tahun, ayah kahwin lain, aku dijaga pula oleh insan yang amat bererti buat hidup aku iaitu Rohaya bt Atan. Aku panggilnya mak, mak aku ni telah jaga aku dengan baik. GARANG masa aku kecik selalu aku kena rotan ngan dia tapi hasilnya sekarang aku dah jadi orang yang berguna. Aku boleh hidup berdikari sendiri sampai menjadi seorang yang berjaya macam sekarang nie.

Dua-dua masih berada disisi aku. Aku masih ada lagi seorang ibu yang aku sayangi iaitu Rosnah bt Yusof. Dia telah menjaga aku selama setahun. Waktu tu aku form 5, aku ada masalah sikit jadi aku tinggal dengan makteh aku. Dia menjaga aku bagai anak dia sendiri. Waktu tu tiada sesapa yang memberi aku semangat mahupun dorongan tuk aku terus berjaya tetapi makteh telah jadi tulang belakang kejayaan aku waktu itu.

Ni la MAMA,IBU,MAK yang telah menjadikan aku success lady seperti sekarang nie. Aku selalu doakan diorang bahagia dunia dan akhirat.

Kalau baca entri nie jangan lupa korang sambut hari ibu yang tinggal 2 minggu dari sekarang...

SELAMAT HARI IBU BUAT SEMUA IBU...


PELUANG...




Peluang...Macam aku cakap kat post sblm ni..Aku org baru dalam berblog ni..Td aku jejalan la jap ke blog kekawan tuk cari idea apa yg blogger selalu ceritakan.

Waa peluang banyak rupanya yer..Napa aku baru sedar...tp aku still tak faham..macam mana mereka-mereka ini buatduit dengan berblog ni...takpe pasni aku cari peluang tu...sekarang aku masih belajar n harap ramai org disekeliling yang akan mengajar aku...

Thanks pada sapa yang baca entri aku nie...Aku masih belajar sesuatu...

Wednesday, April 27, 2011

Mulanya Di Sini - aKu nak jadi usahawan berjaya

Salam Ukhwah..

Success Lady...Kenapa Aku Pilih Tajuk Tu Tuk Blog ni sbb aku nak jadi salah seorang yang berjaya. Berblogging..Ini hari pertama aku buat blog nie...Tu pun My hubby yang jadi Cikgu...Thanks Syg..

Sebenarnya bukan tu yang aku nak cerita kat sini...Aku nak ceritakan permulaan hidup aku jadi seorang yang berjaya.

 Aku bermula dengan bekerja dengan orang tapi setiap kali aku kerja je..aku akn cepat bosan..Paling lama aku akan bertahan hanya la 1 tahun..Pastu aku dah tak productive...

Akhir sekali aku bekerja sebagai GURU, seronok tapi tahu jerla bila GSTT ni takleh lak pregnant so aku pun stop kerja dengan orang..Mulalah aku bekerja sendiri sementara di tanggung oleh husband ku yang tak pernah berhenti memberi aku semangat.

Bila dah takde kerja, apa aku nak buat..Aku start meniaga..Apa aku buat yer...Aku masuk line servis kahwin. Bermula dengan TARIAN JER...modal aku pun kecik time tu...Pastu aku buat pinjaman and then terus ke PAKEJ PA SYSTEM..kebetulan adik aku ada team SILAT then aku masukkan SILAT dalam pakej aku....kepala memikirkan lagi apa lagi leh aku buat...Aku buat team KOMPANG so lengkapla servis yang aku rasa menarik tuk ditonjolkan

Semua ni atas sokongan keluarga aku yang tercinta.Pertama Suamiku yang tak pernah berhenti memberi sokongan dan dokongan. Kedua, AYAH aku yang selalu menasihati aku dikala aku perlukan bantuan. Ketiga IBUKU yang membantuku dan KEEMPAT ABG IPAR, ADIK-ADIKKU yang tak pernah berhenti memberi sokongan. Terima KASIH semuanya...

Seronok meniaga nie..Kepuasan tu korang akan rasa best sangat...Apa pun takleh tulis panjang2 nanti korang bosan...Aku sambung lagi nanti kkkkk.

Salam....